Pemeriksaan ketat Lapangan_Terbang_Srinagar

Penumpang kapal terbang melalui pemeriksaan yang ketat iaitu 3 kali pemeriksaan dari luar hinggalah ke dalam. Dari jalan 1 km, semua beg mestilah dikeluarkan dari bas atau kereta untuk pemeriksaan. Tubuh badan akan diperiksa dengan teliti sekali. Tujuannya bagi mengelakkan penumpang membawa senjta atau bahan letupan.

Penumpang dilarang membawa kamera yang ada bateri. Bateri kamera mestilah dikeluarkan kerana bateri boleh disalahguna untuk bom kawalan jauh. Tentera sentiasa berkawal di dalam kubu pasir atau tembok batu.